The Credit Reporting Act 2010 promotes fairness, accuracy and privacy in the practice of credit reporting. Credit reporting agencies collect and disclose information about you, such as a failure to pay your bills or if you have been made bankrupt. The Act gives you specific rights, most of which are summarised as below.
Warning: This is only a generalised summary. If there is a difference, conflict or contradiction between this summary and any provision of the Act, the provision of the Act shall prevail.
This means that a credit reporting agency may only collect and use your credit information to prepare a credit report to assess your creditworthiness, which includes but not limited, to any history of failure or diligence regarding payment of your bills (reputational collateral). Your credit information cannot be used or disclosed by any credit reporting agency for purposes other then what is permitted under the Act. An example of such activity includes, but is not limited to, disclosing your credit information for direct marketing purposes. In the event that you have information regarding the occurrence of such practice then a complaint may be forwarded to the Registrar.
This means that a credit reporting agency must obtain your consent before they can submit your credit report to their subscribers.
This means that a credit reporting agency cannot include such credit information in their report, regardless of whether you have given consent or not: i. if the source of such credit information is not included in the report; ii. if such credit information is regarding any pending proceedings in court more than two years after the proceedings began that has yet to be settled; iii. if such credit information is regarding any default in repayment of credit two years after the date of final settlement of the amount in default.
This means that if a credit provider has taken an unfavorable credit action against you for example; rejects your application for a loan, and that rejection was based on a credit report provided by a credit reporting agency, then you have the right to be informed of the identity of the credit reporting agency.
This means that you have the right to have access to your credit information or credit report from a credit reporting agency which holds or have processed your credit report. However, the credit reporting agency must verify your identity and confirm that such information is indeed in their database before complying. Upon your request and upon payment of any fee which may be prescribed by the agency in custody of your credit information, you may verify the accuracy of the credit information or credit report.
This means that if your credit report was disclosed to the credit provider in response to the application for credit made by you, and such credit report contains incorrect information, you then have the right to challenge such credit report according to the procedures provided under the Act.
You have the right to complain to the Registrar against any credit reporting agency if you believe that your rights under the Act 710 have been violated or you believe that any error has occurred. Any queries, complaints, suggestions or feedback to the Registrar is to be directed to the Registrar Office of Credit Reporting Agencies (“PPK MoF”) via the link and/or the QR code below:
https://ppapk.treasury.gov.my/index.php/ms/borang-aduan-maklumbalas

Registrar of Credit Reporting Agencies Address:
Registrar Office of Credit Reporting Agencies
Ministry of Finance
Level 2, Treasury 2,
Ministry of Finance Complex,
No. 7, Persiaran Perdana, Precinct 2,
Federal Government Administrative Centre,
62592 Putrajaya
Telephone: 03-8890 6559 / 03-8890 6560
Fax: 03-8890 6423
The Registrar Office of Credit Reporting Agencies’ portal can be accessed via the link below:
Credit Bureau Malaysia Sdn. Bhd.
General Line: (603) 5639 8586
Email address: helpdesk@creditbureau.com.my
Web address: https://www.creditbureau.com.my/
Address : Level 10, Menara Sunway, Jalan Lagoon Timur (9/1), Bandar Sunway, 47500 Subang Jaya, Selangor
Akta Agensi Pelaporan Kredit 2010 (“Akta”) menggalakkan keadilan, ketetapan dan keperibadian dalam amalan pelaporan kredit. Agensi pelaporan kredit mengumpul dan mendedahkan maklumat anda, termasuk sebarang kegagalan bayaran bil, atau jika anda telah diisytihar bankrap. Akta ini memberikan anda hak-hak tertentu, dan sebahagian besar daripada hak-hak tersebut adalah diringkaskan di bawah.
Amaran: Ini hanyalah ringkasan umum Akta. Jika terdapat sebarang perbezaan atau percanggahan atau ketidakselarasan antara Ringkasan ini dan mana-mana peruntukan dalam Akta, peruntukan dalam Akta adalah diguna pakai.
Ini bermakna agensi pelaporan kredit hanya boleh mengumpul dan meggunakan maklumat kredit anda bagi tujuan menyediakan laporan kredit untuk menilai kelayakan kredit anda, termasuk tetapi tidak terhad kepada, mana-mana sejarah kegagalan atau ketekunan terhadap pembayaran bill (reputasi cagaran). Maklumat kredit anda tidak boleh digunakan atau didedahkan oleh agensi pelaporan kredit untuk tujuan selain daripada yang diperuntukkan dalam Akta. Sebagai contoh, aktiviti tersebut termasuk tetapi tidak terhad kepada, mendedahkan maklumat kredit anda untuk tujuan pemasaran langsung. Jika anda mempunyai maklumat mengenai kejadian tersebut, maka anda boleh mengemukakan aduan kepada pihak Pendaftar.
Ini bermakna agensi pelaporan kredit hendaklah memperoleh persetujuan anda sebelum mereka boleh mengemukakan sebarang maklumat kredit anda kepada pelanggan mereka.
Ini bermakna agensi pelaporan kredit tidak boleh menyertekan apa-apa maklumat yang tidak diperuntukkan dalam Akta dalam laporan kredit, tidak kira sama ada anda telah memberi persetujuan ataupun tidak; i. sekiranya sumber maklumat kredit tersebut tidak disertakan dalam laporan kredit; ii. sekiranya maklumat kredit tersebut berhubung dengan mana-mana prosiding mahkamah yang masih berjalan dan belum diselesaikan lebih daripada dua tahun selepas permulaan prosiding tersebut; iii. sekiranya maklumat kredit tersebut berkaitan kemungkiran dalam pembayaran balik kredit dua tahun selepas tarikh penyelesaian muktamad akan amaun yang dimungkiri.
Ini bermakna jika pemberi kredit telah mengambil tindakan kredit yang tidak memuaskan terhadap anda, contohnya, menolak permohonan anda untuk pinjaman, dan penolakan tersebut adalah berdasarkan laporan kredit yang disediakan oleh sebuah agensi pelaporan kredit, maka anda berhak untuk dimaklumkan mengenai identiti agensi pelaporan kredit tersebut.
Ini bermakna anda mempunyai hak untuk mengakses maklumat kredit atau laporan kredit anda dari agensi pelaporan kredit yang memegang atau telah memproses laporan kredit anda. Walaubagaimanapun, agensi pelaporan kredit tersebut hendaklah mengesahkan identiti anda dan mengesahkan bahawa maklumat tersebut benar-benar berada dalam pangkalan data mereka sebelum memenuhi permintaan anda untuk mengakses maklumat tersebut. Atas permintaan anda dan tertakluk kepada pembayaran apa-apa fi yang mungkin ditetapkan oleh agensi pelaporan kredit yang menyimpan maklumat kredit anda, anda boleh mengesahkan ketetapan maklumat kredit atau laporan kredit tersebut.
Ini bermakna sekiranya laporan kredit yang telah didedahkan kepada pemberi kredit lanjutan daripada permohonan kredit anda, mengandungi maklumat yang tidak tepat, anda mempunyai hak untuk mencabar laporan kredit tersebut mengikut prosedur yang diperuntukkan di bawah Akta.
Anda berhak untuk mengemukakan aduan kepada pihak Pendaftar terhadap mana-mana agensi pelaporan kredit sekiranya anda percaya bahawa hak anda dibawah Akta telah dilanggar, atau anda percaya apa-apa kesalahan telah berlaku. Sebarang persoalan, aduan, cadangan atau maklumbalas kepada pihak Pendaftar hendaklah disalurkan kepada Pejabat Pendaftar Agensi Pelaporan Kredit Kementerian Kewangan (“PPK MoF”) melalui pautan link dan/atau kod QR di bawah:
https://ppapk.treasury.gov.my/index.php/ms/borang-aduan-maklumbalas

Alamat Pendaftar Agensi Pelaporan Kredit:
Pejabat Pendaftar Agensi Pelaporan Kredit
Kementerian Kewangan
Aras 2, Perbendeharaan 2,
Kompleks Kementerian Kewangan
No. 7, Persiaran Perdana, Presint 2
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62592 Putrajaya
Telefon: 03-8890 6559 / 03-8890 6560
Faks: 03-8890 6423
Portal Pejabat Pendaftar Agensi Pelaporan Kredit boleh diakses melalui pautan berikut:
Credit Bureau Malaysia Sdn. Bhd.
Talian am: (603) 5639 8586
Alamat e-mel: helpdesk@creditbureau.com.my
Laman web: https://www.creditbureau.com.my/
Alamat : Level 10, Menara Sunway, Jalan Lagoon Timur (9/1), Bandar Sunway, 47500 Subang Jaya, Selangor