Notification Letter

Notification from Credit Bureau Malaysia Sdn. Bhd. (CBM)

CBM helps Malaysians be credit positive by helping them build and improve their Credit Report (as defined under the Credit Reporting Agencies Act 2010 (CRA)) so that they can have better access to financial services and at more competitive rates. By providing a centralized platform to aggregate Credit Information (as defined under the CRA) and to enable swift digital distribution, CBM enables banks, financial institutions, companies and businesses with legitimate purpose to conduct credit checks and verifications to procure and process Credit Information quickly and efficiently. CBM also supplies a credit score to help financial institutions assess and review credit quality across portfolio and across the population.

 

Whenever you apply for any Credit (as defined under the CRA) from any Credit Provider (as defined under the CRA), Credit Information are needed to help assess your eligibility to be provided with credit, your history in relation to credit or your capacity to repay credit and is or has been used or is capable of being used as one of the factors in establishing your eligibility for credit.

 

CBM is licensed by the Registrar of Credit Reporting Agencies of Malaysia to carry out Credit Reporting Business (as defined in the CRA). We source data from various databases legally. The security and integrity of your Credit Information is very important to us. When we process any Credit Information, we take practical steps to protect the same from any loss, misuse, modification, unauthorized or accidental access or disclosure, alteration or destruction in accordance with the provisions of the CRA. We may disclose your Credit Information to our subscribers, members and/or any other persons/parties for the purposes above and for other purposes to the extent permitted by applicable laws, regulations and/or regulatory requirements.

 

You can refer to your Summary of Rights on www.creditbureau.com.my. You may access your Credit Information by purchasing a MySCoRE Report for individuals and MyBizScORE for SMEs (as the case may be) from CBM. If your Credit Information is not updated or contains any errors or inaccuracies, you must notify the source of the data and/or CBM immediately via email: [email protected] to request for such correction. Access to your Credit Information can be restricted by purchasing CBM’s Credit Lock but this may affect your Credit application. You may write in to us via email: [email protected] if you have any inquiries or complaints in respect of the Credit Information. If you do not provide your Credit Information, your Credit application may be affected

Pemberitahuan daripada Credit Bureau Malaysia Sdn. Bhd. (CBM)

CBM membantu rakyat Malaysia untuk mempunyai kedudukan kredit yang baik dengan cara memperbaiki dan membina Laporan Kredit (seperti yang ditafsirkan di bawah Akta Agensi Pelaporan Kredit 2010 (APK)) supaya rakyat dapat menikmati kemudahan kewangan pada kadar yang lebih kompetitif. Dengan menyediakan platfom berpusat untuk penilaian Maklumat Kredit (seperti ditafsirkan di bawah APK) dan penyaluran maklumat yang lebih pantas secara digital, CBM membolehkan institusi kewangan, syarikat dan perniagaan yang mempunyai tujuan sah untuk menjalankan pemeriksaan kredit dan pengesahan kepada untuk memperoleh dan memproses Maklumat Kredit dengan pantas dan cekap. CBM juga menyediakan skor kredit yang bertujuan membantu institusi kewangan, mengakses dan menilai kualiti kredit secara menyeluruh, merentasi jaringan portfolio dan populasi.

 

Setiap kali anda memohon apa sahaja Kredit (seperti ditafsirkan di bawah APK) dari apa sahaja Pemberi Kredit (seperti yang ditafsirkan di bawah APK), Maklumat Kredit adalah diperlukan untuk menilai kelayakan anda untuk diberikan kredit, sejarah anda berhubung dengan kredit atau keupayaan anda untuk membayar balik kredit dan digunakan, telah digunakan atau berupaya untuk digunakan sebagai salah satu factor dalam menentukan kelayakan anda untuk mendapatkan kredit. Apabila kami memproses apa sahaja Maklumat Kredit, kami mengambil langkah praktik untuk melindungi yang sama daripada apa-apa kehilangan, salah guna, ubah suaian, akses atau penzahiran tanpa kebenaran atau tidak sengaja, pengubahan atau pemusnahan selaras dengan peruntukan APK.

 

CBM adalah dilesenkan oleh Pendaftar Agensi Pelaporan Kredit Malaysia untuk menjalankan Perniagaan Pelaporan Kredit (seperti yang ditafsirkan di bawah APK). Kami memperoleh dan mengumpul data daripada pelbagai pangakalan data secara sah. Kami mungkin menzahirkan Maklumat Kredit anda kepada orang yang melanggan, ahli dan/atau mana-mana orang/pihak untuk tujuan-tujuan yang dinyatakan di atas dan untuk tujuan-tujuan lain setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, peraturan dan/atau keperluan kawal selia yang berkenaan.

 

Anda boleh merujuk kepada Ringkasan Hak anda di www.creditbureau.com.my. Anda juga boleh mengakses Maklumat Kredit anda dengan membeli MySCoRE Report untuk individual and MyBizScORE untuk perusahaan kecil sederhana (mengikut mana berkenaan) daripada CBM. Jika anda mendapati bahawa terdapat kesilapan atau ketidaktepatan pada Maklumat Kredit anda atau Maklumat Kredit anda masih tidak dikemaskini, sila maklumkan secara serta merta kepada sumber maklumat tersebut atau CBM melalui emel: [email protected] untuk meminta pembetulan sedemikian. Anda juga boleh mengehadkan akses kepada Maklumat Kredit anda dengan mendapatkan perkhidmatan ‘Credit Lock’ CBM. Walau bagaimanapun, ini mungkin akan memberi kesan kepada permohonan Kredit anda. Anda boleh menulis kepada kami melalui emel: [email protected] sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau aduan berkenaan Maklumat Kredit. Sekiranya anda tidak menyediakan Maklumat Kredit anda, permohonan Kredit anda mungkin akan terjejas.