Notification Letter

Notice from Credit Bureau Malaysia Sdn. Bhd. (CBM)

CBM helps Malaysians be credit positive by helping them build and improve their Credit Report (as defined under the Credit Reporting Agencies Act 2010 (CRA)) so that they can have better access to financial services and at more competitive rates. By providing a centralized platform to aggregate Credit Information (as defined under the CRA) and to enable swift digital distribution, CBM enables bank, financial institutions, companies and businesses with legitimate purpose to conduct credit checks and verifications to procure and process Credit Information quickly and efficiently. CBM also supplies a credit score to help financial institutions assess and review credit quality comprehensively across portfolio and across the population. In this regard, you acknowledge and confirm that you have provided your consent to CBM to process your personal data and Credit Information for the purposes of purchasing and accessing your Credit Report, and for the purposes described herein.

 

Whenever you apply for any Credit (as defined under the CRA) from any Credit Provider (as defined under the CRA), Credit Information are needed to help assess your eligibility to be provided with Credit and your history in relation to Credit or your capacity to repay Credit. Credit Information is or has been used or is capable of being used as one of the factors in establishing your eligibility for Credit.

 

CBM is licensed by the Registrar of Credit Reporting Agencies of Malaysia to carry out Credit Reporting Business (as defined in the CRA). We source and collect data from various databases legally. The security and integrity of your Credit Information is very important to us. When we process any Credit Information, we take practical steps to protect the same from any loss, misuse, modification, unauthorized or accidental access or disclosure, alteration or destruction in accordance with the provisions of the CRA. We may disclose your Credit Information to our subscribers, members and/or any other persons/parties for the purposes above and for other purposes to the extent permitted by applicable laws, regulations and/or regulatory requirements.

 

You can refer to your Summary of Rights on www.creditbureau.com.my. You may access your Credit Information by purchasing a MyScore Report for individuals and MyBizScore Report for SMEs (as the case may be) from CBM. If your Credit Information is not updated or contains any errors or inaccuracies, you must notify the source of the data and/or CBM immediately via email: helpdesk@creditbureau.com.my to request for such correction. You may write in to us via email: helpdesk@creditbureau.com.my if you have any inquiries or complaints in respect of the Credit Information. If you do not provide your Credit Information, your Credit application may be affected.

Pemberitahuan daripada Credit Bureau Malaysia Sdn. Bhd. (CBM)

CBM membantu rakyat Malaysia untuk mempunyai kedudukan kredit yang baik dengan cara memperbaiki dan membina Laporan Kredit (seperti yang ditakrifkan di bawah Akta Agensi Pelaporan Kredit 2010 (APK)) supaya rakyat dapat menikmati kemudahan kewangan pada kadar yang lebih kompetitif. Dengan menyediakan platform berpusat untuk penilaian Maklumat Kredit (seperti ditakrifkan di bawah APK) dan penyaluran maklumat yang lebih pantas secara digital, CBM membolehkan bank, institusi kewangan, syarikat dan perniagaan yang mempunyai tujuan sah untuk melaksanakan pemeriksaan kredit dan pengesahan untuk memperoleh dan memproses Maklumat Kredit dengan pantas dan cekap. CBM juga menyediakan skor kredit untuk membantu institusi kewangan, mengakses dan menilai kualiti kredit secara menyeluruh, merentas jaringan portfolio dan populasi. Sehubungan dengan itu, anda mengakui dan mengesahkan bahawa anda telah memberikan keizinan kepada CBM untuk memproses data peribadi dan Maklumat Kredit anda bagi tujuan pembelian dan akses kepada Laporan Kredit anda, serta bagi tujuan-tujuan yang dinyatakan di sini.

 

Setiap kali anda memohon mana-mana bentuk Kredit (seperti ditakrifkan di bawah APK) dari mana-mana Pemberi Kredit (seperti yang ditakrifkan di bawah APK), Maklumat Kredit adalah diperlukan untuk menilai kelayakan anda untuk diberikan Kredit dan sejarah anda berhubung dengan Kredit atau keupayaan anda untuk membayar balik Kredit. Maklumat Kredit adalah, telah digunakan atau berupaya untuk digunakan sebagai salah satu factor dalam menentukan kelayakan anda untuk mendapatkan Kredit.

 

CBM adalah dilesenkan oleh Pendaftar Agensi Pelaporan Kredit Malaysia untuk menjalankan Perniagaan Pelaporan Kredit (seperti yang ditakrifkan di bawah APK). Kami memperoleh dan mengumpul data daripada pelbagai pangkalan data secara sah. Sekuriti dan integriti Maklumat Kredit anda adalah penting untuk kami. Apabila kami memproses Maklumat Kredit, kami mengambil langkah praktik untuk melindungi yang sama daripada apa-apa kehilangan, salah guna, ubah suaian, akses atau penzahiran tanpa kebenaran atau tidak sengaja, pengubahan atau pemusnahan selaras dengan peruntukan APK. Kami mungkin menzahirkan Maklumat Kredit anda kepada orang yang melanggan, ahli dan/atau mana-mana orang/pihak untuk tujuan-tujuan yang dinyatakan di atas dan untuk tujuan-tujuan lain setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, peraturan dan/atau keperluan kawal selia yang berkenaan.

 

Anda boleh merujuk kepada Ringkasan Hak anda di www.creditbureau.com.my. Anda juga boleh mengakses Maklumat Kredit anda dengan membeli Laporan MyScore untuk individu and Laporan MyBizScore untuk perusahaan kecil sederhana (mengikut mana berkenaan) daripada CBM. Jika anda mendapati bahawa terdapat kesilapan atau ketidaktepatan pada Maklumat Kredit anda, sila maklumkan secara serta merta kepada sumber maklumat tersebut atau CBM melalui emel: helpdesk@creditbureau.com.my untuk meminta pembetulan sedemikian. Anda boleh menulis kepada kami melalui emel: helpdesk@creditbureau.com.my sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau aduan berkenaan Maklumat Kredit. Sekiranya anda tidak menyediakan Maklumat Kredit anda, permohonan Kredit anda mungkin akan terjejas.